Skip to main content

Advertisement

Berita

New Zealand Ajak Seluruh Penduduknya Memakai Headscarf Hari Jumaat Ini Sebagai Tanda Kasih Sayang

new zealand ajak seluruh penduduknya memakai tudung hari jumaat ini sebagai tanda kasih sayang

Susulan tragedi tembakan di New Zealand yang meragut nyawa 50 orang Islam di negara itu, pelbagai cerita yang muncul. Ada yang menyentuh hati dan ada yang mengagumkan.

Advertisement

Terbaru, satu kempen memakai tudung akan diadakan di seluruh New Zealand pada hari Jumaat ini. Dengan hashtag #headscarfforharmony, seluruh penduduk di New Zealand tanpa mengira agama digalakkan untuk memakai tudung dan memuat naik gambar di media sosial dengan hashtag tersebut.

Kempen ini diadakan untuk menunjukkan rasa kasih dan sayang buat penduduk beragama Islam di negara itu.

Idea ini telah dicetuskan oleh Doktor Thaya Ashman yang merupakan seorang doktor sukarelawan di Afghanistan. Beliau telah lama bergaul dengan komuniti Islam dan melihat kempen ini mampu memberi sokongan kepada mereka yang kehilangan orang tersayang.

“Kami mahu menunjukkan kasih sayang, sokongan dan kesedihan kami di atas kehilangan nyawa 50 ibu, bapa, anak, kawan dan rakan selepas serangan pengganas Jumaat lalu di Christchurch,” kata penganjur acara itu.

Jom sama-sama kita sertai kempen #headscarfforharmony pada hari Jumaat ni sebagai tanda solidarity buat saudara-saudara kita yang terkorban di New Zealand.

Sumber: Berita Harian

 

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda