Skip to main content

Advertisement

Berita

Nenek Berusia 73 Tahun Berjaya Miliki Lesen Memandu

nenek berusia 73 tahun berjaya miliki lesen memandu

Sumber dari Sinar Harian Online

Advertisement

Usia bukan penghalang, begitulah antara kata-kata yang dapat disimpulkan apabila seorang nenek yang berusia 73 tahun yang berasal dari Kuala Terengganu berjaya memiliki lesen memandunya sendiri. Untuk makluman, pada 4 Oktober 2017 yang lalu, nenek tersebut yang bernama Fatimah Hassan telah gagal ujian memandu yang pertama dan ianya tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencuba dan akhirnya beliau berjaya.

Beliau tidak dapat menggambarkan bagaimana perasaannya bila diberitahu bahawa dirinya telah lulus ujian oleh Jabatan Pengangkutan Jalal dan mengucapkan rasa kesyukuran terhadap Allah SWT. Ketika menjalani ujian memandu, anaknya yang nombor lima turut mengambil cuti dari bekerja semata-mata untuk menemani ibunya menjalani ujian memandu.

Tahniah dari Zayan untuk nenek ini dan ianya membuktikan bahawa jika pernah terkandas di tengah jalan, jangan mudah rebah dan bangkitlah mencapai cita-cita yang diinginkan. 

Dengarkan Zayan menerusi online di dengar.zayan.my

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda