Neelofa, 28 tahun, yang telah menjadi duta bagi produk jenama antarabangsa Swarovski juga telah mencipta sejarah sebagai wanita berhijab pertama di dunia yang dipilih menjadi duta Lancome.
Neelofa iaitu pengacara dan pelakon ini menjelaskan bahawa beliau sangat berbesar hati dan tidak pernah menyangka akan dipilih untuk menjadi duta Lancome.
Menurut Neelofa, kejayaan ini merupakan pengalaman yang cukup menakjubkan kerana beliau tidak pernah terfikir untuk menjadi duta Lancome.
Advertisement
Neelofa menjelaskan bahawa beliau memang menggunakan produk Lancome sejak dulu lagi dan bersedia untuk bekerja bersama Lancome serta memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita muda di luar sana.
Tambahan pula, Neelofa pernah dipilih sebagai jurucakap jenama popular Lancome untuk produk terbaharu iaitu La Nuit Tresor pada tahun 2015.
Pengasas tudung Naelofar Hijab itu juga bakal bertolak ke Paris, Perancis untuk memenuhi tuntutan kerjayanya sebagai duta jenama antarabangsa itu.
Kredit - Mynewshub
