
Pengacara terkenal, Neelofa hampir tidak dapat menunaikan umrah apabila visanya mengalami masalah selama dua hari.
Advertisement
Perkara tersebut dikongsi oleh Neelofa melalui instastory. Dia berkata visanya mengalami masalah dan menyebabkan mereka tidak dapat berlepas selama dua hari.
Walaubagaimanapun, rezeki masih memihak kepadanya kerana dia dan beberapa orang adiknya dibenarkan untuk berlepas dan terbaru, dia dan ibunya telah selamat tiba di Tanah Suci.
Neelofa mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang membantu dan juga rakan artis, Zizan Razak yang turut membantunya menyelesaikan masalah tersebut.
Sumber: Astro Awani