
Seorang peniaga nasi lemak RM1, Ahmad Khariri Al-Hadi, 46, terpaksa meninggalkan gerainya tanpa pengawasan kerana menghantar anaknya setiap pagi ke sekolah.
Advertisement
Gerai yang terletak di Seksyen 19, Shah Alam itu ditinggalkan dengan sekeping nota kepada pelanggan untuk meninggalkan sahaja wang ke dalam tabung yang disediakan. Malah Ahmad Khariri mengizinkan kepada mereka yang tiada wang untuk mengambil nasi lemak itu secara percuma.

Katanya, jika dahulu, anaknya yang akan membantunya di gerai, namun anaknya sudah pun menyambung pelajaran dan beliau masih belum mampu untuk meletakkan kamera litar tertutup (CCTV) di gerainya.
Beliau berkongsikan kisahnya yang pernah menderma hatinya kepada kanak-kanak yang bengkak hati pada tahun 2004. Malangnya, kanak-kanak itu meninggal dunia dan hal ini yang menjadi kan Khariri lebih meletakkan pergantungan hidupnya pada Allah SWT.
Ayah kepada 13 orang anak ini, pernah diuji apabila dirinya ditimpa kemalangan pada tahun 2013 sehingga disahkan cacat kekal pada tahun 2014. Tiga daripada anaknya sedang melanjutkan pengajian mereka di Mesir, Jordan dan Turkiye.

“Sekarang dah masuk bulan kelima saya berniaga. Saya jual dua jenis nasi lemak iaitu biasa dan royal. Dua jenis nasi lemak ini harganya RM1. Niat saya berniaga adalah untuk orang susah memberi dan untuk orang kaya bersedekah. Biasanya hari jumaat, ramai yang datang sedekah dan nak infaq nasi lemak.” Kata Ahmad Khariri.
Sumber : Mstar Online