Jika anda peminat rekaan fesyen baju yang mengikut trend dan ingin nampak ‘rare’ , anda boleh cuba rekaan ini.

Dikenali sebagai ‘Oversized Layered Parka Coat’, rekaan dari Balenciaga untuk musim luruh dan sejuk ini dijual pada harga $9000 atau hampir RM40 ribu.
Advertisement

Sekali pandang, ia nampak seolah-olah 7 helai baju yang dipakaikan bersama, tetapi sebenarnya ia adalah sepasanh jaket tebal.

Joey daripada siri Friends pernah mengenakan rekaan seperti ini suatu ketika dahulu, dan nampaknya mula menjadi trend di Amerika Syarikat.

Sumber: Geekologie