Skip to main content

Advertisement

Berita

Nafkah Isteri Dan Ibu Bapa, Pihak Mana Yang Perlu Diutamakan

Tanggungjawab seorang suami sebagai ketua keluarga amat berat kerana seorang suami masih mempunyai tanggungjawab ke atas kedua ibu bapanya walaupun sudah berumah tangga. Jadi ia menjadi satu persoalan tentang keutamaan nafkah, pihak mana yang harus diutamakan dahulu. Isteri ataupun ibu bapa?

nafkah isteri dan ibu bapa, pihak mana yang perlu diutamakan

Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

Advertisement

تَصَدَّقُوا ، فَقَالَ رَجُلٌ : يَا رَسُولَ اللَّهِ عِنْدِي دِينَارٌ ، فَقَالَ : تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى نَفْسِكَ ، قَالَ : عِنْدِي آخَرُ ، قَالَ : تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى زَوْجَتِكَ ، قَالَ : عِنْدِي آخَرُ ، قَالَ : تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى وَلَدِكَ ، قَالَ : عِنْدِي آخَرُ ، قَالَ : تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى خَادِمِكَ ، قَالَ : عِنْدِي آخَرُ ، قَالَ: أَنْتَ أَبْصَرُ

Maksudnya“Bersedekahlah.” Seorang lelaki bertanya: “Hai Rasulullah, aku mempunyai dinar.” Baginda menjawab: “Sedekahkan untuk diri kamu sendiri.” Lelaki itu menjawab: “Aku mempunyai dinar yang lain lagi.” Baginda berkata: “Sedekahkan kepada isteri engkau.” Lelaki itu menjawab: “Aku mempunyai yang lain lagi.”

Baginda berkata: “Sedekahkan kepada anak engkau.” Lelaki itu menjawab: “Aku mempunyai yang lain lagi.” Baginda berkata: “Sedekahkan kepada hamba engkau.” Lelaki itu menjawab: “Aku masih ada yang lain lagi.” Baginda berkata: “Engkau lebih tahu.”

Riwayat Ahmad (2335), Abu Daud (1691) dan al-Nasa’ie (2353)

Menurut hadis tersebut, keutamaan seorang suami dalam memberi nafkah adalah kepada keluarganya dahulu yang didahului oleh dirinya kemudian isterinya dan anak-anaknya.

Menurut pandangan Imam al-Syaukani ia menjadi satu kewajiban kepada seorang ketua keluarga untuk memberi nafkah kepada keluarganya walaupun dia jatuh miskin. Dan memberi nafkah kepada ibu bapa menjadi perkara wajib jika anak tersebut mampu. Atas kesepakatan suara para ulama’, wajibnya seorang suami untuk mengutamakan nafkah kepada isterinya dahulu sebelum memberi nafkah kepada ibu bapanya.

Tetapi hujah berikut dikecualikan jika keadaan ibu bapa yang tidak berkemampuan dalam menyediakan asas kehidupan mereka seperti makan minum, rawatan dan perubatan. Maka dalam situasi seperti ini, perlulah ada persefahaman oleh semua anak-anak untuk sama-sama mengambil tanggungjawab supaya tidak meletakkan beban kepada satu-satunya anak sahaja.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda