Serangan di ChristChurch, New Zealand baru-baru ini meninggalkan kesan dan impak kepada seluruh penduduk dunia. Ramai yang bangkit dan menyatakan solidariti buat mangsa yang terlibat dan terkorban dalam serangan itu.
Salah seorang daripada 50 mangsa itu adalah rakyat Malaysia. Mohammad Haziq, 17 tahun disahkan terkorban dalam siri serangan itu oleh Wisma Putra selepas beberapa hari dikatakan hilang.
Advertisement
Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohama al- Bakri telah menulis dan menyatakan rasa dukacitanya akan kejadian yang menimpa Muhammad Haziq melalui laman Facebooknya.
Pencarian yang akhirnya menemui jawapan.
Berehatlah dengan tenang, anakanda Haziq. Umat Islam seluruh dunia mendoakanmu. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum Mohd Haziq di atas pemergian insan yang tercinta. Pemergiannya di hari Jumaat yang mulia, di dalam masjid, dalam keadaan bersedia untuk menunaikan ibadah, InsyaAllah dikurniakan dengan ganjaran yang besar. Kami mendoakan semoga beliau mendapat syahid di sisi Allah SWT.
Kami menyeru kepada seluruh masjid dan surau jumaat dalam kawasan Wilayah Persekutuan untuk sama-sama menunaikan solat jenazah ghaib untuk semua mangsa tragedi di #Christchurch.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada'.
Mengambil kesempatan ini juga kami di ZAYAN mengucapkan salam takziah buat seluruh keluarga Muhammad Haziq. Sama-sama lah kita doakan roh Muhammad Haziq ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Pencarian yang akhirnya menemui jawapan. Berehatlah dengan tenang, anakanda Haziq. Umat Islam seluruh dunia...
Posted by Mufti Wilayah Persekutuan on Thursday, 21 March 2019