Skip to main content

Advertisement

Berita

Monyet Ini Diangkat Sebagai Tokoh Tahunan PETA

monyet ini diangkat sebagai tokoh tahunan peta

Baru-baru ini, pertubuhan People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) mengiktiraf seekor monyet istimewa sebagai Tokoh Tahunan pertubuhan itu untuk tahun 2017.Monyet ini dikenali sebagai Naruto dan dari Indonesia itu mula popular selepas mengambil swafoto dirinya sendiri yang sedang tersenyum lebar, pada tahun 2011.

Dalam kenyataannya seperti yang dipetik dalam laporan media antarabangsa, PETA menyifatkan monyet itu sebagai 'individu' dan bukannya haiwan.

Advertisement

Setiap tahun, PETA akan mengiktiraf seorang individu sebagai tokoh, namun tahun ini berlaku sedikit kejutan apabila seekor haiwan dinobatkan dengan gelaran itu.

Ramai menganggap pengiktirafan itu adalah bertitik tolak daripada kegigihan Naruto 'memperjuangkan' haknya dalam menuntut hak pemilikan gambar swafoto tersebut.

PETA, mewakili Naruto, sebelum ini menuntut hak gambar itu diberikan kepada monyet berkenaan kerana Naruto yang memetik shutter kamera milik jurufoto Britain, David Slater.

Foto itu dirakam ketika kembara Slater ke Kepulauan Sulawesi, Indonesia.

Sumber - Astro Awani

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda