Skip to main content

Advertisement

Berita

Mohd Azizulhasni Di Nobatkan Sebagai Olahragawan Kebangsaan

mohd azizulhasni di nobatkan sebagai olahragawan kebangsaan

Gelaran Olahragawan Kebangsaan yang diraih jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang pada majlis Anugerah Sukan Negara 2017 malam tadi membakar semangatnya menjelang Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2018.

Advertisement

The Pocket Rocketman' itu yang muncul sebagai juara dunia acara keirin pada Kejohanan Dunia Berbasikal Trek UCI 2017 di Hong Kong berkata pengiktirafan tersebut memberinya motivasi berharga dalam usahanya mempamerkan kayuhan menakjubkan.


"Saya sangat bersyukur dengan anugerah ini dan ia merupakan satu motivasi buat saya untuk menghadapi dua temasya sukan besar pada tahun ini iaitu Sukan Komanwel dan Sukan Asia. Dalam pada itu, gelaran Olahragawati Kebangsaan menjadi milik ratu terjun negara Cheong Jun Hoong selepas cemerlang merangkul pingat emas dalam acara 10 meter platform individu di Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest, Hungary. 

Sumber : bernama

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda