Skip to main content

Advertisement

Berita

Mira Filzah Sering Tertinggal Duit Di Mesin ATM? Biar Betul!

mira filzah sering tertinggal duit di mesin atm? biar betul!

Bersempena filem Sangkar, Mira Filzah sempat singgah ke konti ZAYAN untuk mempromosikan filemnya.

Advertisement

Di kesempatan ini, penyampai radio ZAYAN, Lin Ariffin sempat bertanyakan satu soalan secara rawak kepada Mira Filzah iaitu apa habit pelik atau buruk Mira Filzah.

Sambil tersenyum, Mira Filzah menjawab;

“Mira ni kalau penat sangat kan, Mira cepat lupa, macam blur-blur tau. Macam tadi, Mira nak keluarkan duit dekat ATM, Mira ambil kad lepas tu Mira terus tinggal duit. Bila pergi balik tengok duit dah tak ada.”

Apabila Lin Ariffin bertanya jumlah yang ditinggalkan, dengan tenang Mira menjawab RM 500 sambil mengakui kelemahannya.

Diharapkan Mira tak penat lagi dan semoga perkara ini menjadi peringatan buat semua orang. Good luck, Mira untuk filem Sangkar akan datang.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda