Skip to main content

Advertisement

Berita

Burung Merpati: Simbol Cinta, Keberanian dan Kecerdasan Yang Dunia Tak Hargai Lagi

burung merpati: simbol cinta, keberanian dan kecerdasan yang dunia tak hargai lagi

Foto Hiasan

Advertisement

Setiap kali kita nampak seekor burung merpati berkeliaran di bandar, ramai yang spontan berasa geli, terganggu atau menganggapnya burung yang kotor. Tetapi, kali ini cuba berhenti sejenak dan fikir semula mungkin burung merpati jauh lebih hebat daripada yang kita sangka.

Kerana hakikatnya, merpati ialah antara makhluk paling luar biasa di bumi ini.

Di sebalik paruh kecilnya, merpati memiliki kristal magnetik mikroskopik yang berfungsi seperti sistem GPS semula jadi. Dengan deria ini, mereka mampu menavigasi ribuan kilometer dan kembali ke tempat asal dengan ketepatan yang menakjubkan tanpa peta, tanpa kompas, hanya berbekalkan naluri semula jadi.

burung merpati: simbol cinta, keberanian dan kecerdasan yang dunia tak hargai lagi

Foto Hiasan

Selain itu, mereka juga boleh mendengar frekuensi yang terlalu rendah untuk manusia, membaca corak cahaya terpolarisasi di langit, malah melihat dalam cahaya ultraungu (UV) yang memberi mereka pandangan dunia yang jauh lebih berwarna dan dinamik daripada kita.

Kajian menunjukkan merpati boleh mengira, mengenal diri dalam cermin, memahami konsep abstrak malah membuat keputusan berdasarkan kebarangkalian dan kadang-kadang lebih baik daripada kanak-kanak kecil!

Mereka bukan hanya bijak, tetapi juga penuh perasaan. Merpati membentuk pasangan sehidup semati, membesarkan anak mereka bersama dan menghasilkan sejenis “susu” daripada kerongkong untuk memberi nutrisi kepada anak-anak mereka. Setiap bunyi “koo” yang mereka hasilkan juga mempunyai makna tersendiri. Ada yang menandakan bahaya, cinta atau sempadan wilayah.

Sejarah turut membuktikan keberanian merpati. Dalam Perang Dunia Pertama, seekor merpati bernama Cher Ami menyelamatkan 194 askar dengan menyampaikan mesej penting, walaupun kehilangan sebelah kaki dalam misi itu.

Namun kini, setelah dunia moden tidak lagi memerlukan mereka, merpati ditinggalkan. Mereka kekal di sisi manusia kerana di situlah mereka pernah diterima di bandar-bandar, di taman, di bawah jejantas masih mencari sisa kasih yang dahulu wujud.

Merpati bukan perosak. Mereka ialah makhluk sosial, bijak dan penuh emosi yang masih mengingati manusia, walaupun kita telah lama melupakan mereka.

Sumber: The Guardian

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda