Skip to main content

Advertisement

Berita

Mengamalkan Surah-Surah Ini Boleh Membawa Manfaat Yang Besar Dalam Kehidupan

mengamalkan surah-surah ini boleh membawa manfaat yang besar dalam kehidupan

Amalan-amalan sunat seperti memakai wangi-wangian, bersedekah, berselawat lebih afdhal dilakukan pada hari Jumaat. Tetapi terdapat juga beberapa perkara lagi yang boleh anda amalkan bukan sahaja pada hari Jumaat tetapi dalam kehidupan seharian anda.

Advertisement

Selain daripada memperbanyakkan selawat dan berzikir, anda boleh mengamalkan membaca surah-surah Al-Quran yang boleh membawa pelbagai manfaat dalam kehidupan. Berikut adalah 4 surah yang boleh anda amalkan yang membawa manfaat yang besar dalam kehidupan seseorang.

  1. Surah Al-Kahf
  • Menghindarkan diri daripada fitnah Dajjal
  • Mendapatkan keredhaan dari Allah SWT
  • Disinari dengan cahaya kebaikan
  • Diampuni dosa-dosanya oleh Allah SWT
  1. Surah Al-Mulk
  • Menambahkan rasa tawakkal kepada Allah SWT
  • Diampuni dosa-dosanya
  • Menyindari diri daripada melakukan maksiat
  • Terhindar dari seksaan kubur
  1. Surah Ar-Rahman
  • Memberi peringatan kepada diri sendiri untuk sentiasa bersyukur
  • Mendapat syafaat di hari akhirat
  • Seseorang yang sering membaca Ar-Rahman, matinya seumpama mati syahid
  1. Surah Al-Waqiah
  • Pembuka rezeki
  • Diringankan sakitnya
  • Memberi perlindungan kepada diri sendiri dari kemudharatan dunia
  • Memberi ketenangan jiwa dan raga

Setiap amalan pasti akan kebaikannya walaupun tidak mampu melakukan kesemuanya, mulakan dengan satu dahulu.

Dengan izin Illahi, ia boleh membawa kebaikan dalam diri anda.

Sumber: Website

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda