Menara Kuala Lumpur dilimpahi dengan lampu berwarna bendera negara Palestin sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin berikutan ketegangan yang berlaku di antara Palestin dan Israel ketika ini.

Ramai yang kagum akan inisiatif yang dilakukan bagi menyebarkan lagi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.
Advertisement
Warna bendera Palestin, hijau, merah, putih dan hitam menyinari menara tersebut dan ia menjadi tumpuan warganet yang sedang hangat memperkatakan mengenai isu ini.

Rata-rata warganet meluahkan rasa sedih dan sebak atas serangan yang berlaku kepada rakyat Palestin.
Sumber: Facebook Menara Kuala Lumpur