Skip to main content

Advertisement

Berita

Menang Kereta Selepas Letak Tangan Selama 75 Jam

Seorang wanita berjaya memenangi kereta baru jenama Subaru 2.0iS, selepas meletakkan tangan pada sebuah kereta selama 75 jam, 17 minit dan 58 saat.

Menariknya, ia merupakan percubaannya yang ke-12 buat wanita berusia 40 tahun itu sejak 2005.

Advertisement

sanggup letak tangan dan jangan bergerak selama 75 jam semata-mata nak menang kereta

Analiza Mokhtar menang sebuah kereta bernilai S$70,000 (RM211,310.58) dalam pertandingan Mediacorp Subaru Car Challenge 2018 yang diadakan semalam.

Pekerja bank itu muncul juara selepas hanya menjadi peserta terakhir yang bertahan dalam cabaran tersebut yang disertai hampir 400 peserta.

Korang sanggup ke?

Sumber: Channel NewsAsia

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda