Dikenali sebagai Piala Keranda, Copa Ataúdes merupakan sebuah pertandingan futsal yang diadakan di daerah Juliaca, sebuah kawasan diselatan Peru.

Apa yang membezakan pertandingan ini dengan pertandingan futsal yang lain ialah pemenangnya akan membawa pulang sebuah keranda.
Advertisement

Piala Keranda yang diadakan setiap tahun ini mempertandingkan 12 pasukan berbeza daripada 12 pusat pengebumian yang berada di selatan Peru. Disebabkan itu, hadiah utamanya merupakan sebuah keranda mewah yang mempunyai nilai sehingga Sol 4500, atau bersamaan RM5600 wang Malaysia.

Kena dengan temanya sebagai Piala Keranda, pasukan yang bertanding juga menggunakan nama yang unik seperti “Last Goodbye”, “Eternal Dream”, “Rest and Peace”, “Los Angeles” dan “Road to Paradise”.