Skip to main content

Advertisement

Berita

Mempunyai Sahabat Dalam Hidup. Penting Atau Tidak?

mempunyai sahabat dalam hidup. penting atau tidak?

Kita sering mendengar kisah-kisah Nabi Muhammad SAW yang sentiasa diiringi oleh sahabat-sahabat yang baik seperti Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Zaman sekarang pula, semua orang ada kawan. Kawan di alam maya lagi lah ramai, segala followers dan friends di laman sosial sudah dianggap “kawan”. Tetapi dalam banyak kawan-kawan itu, berapa yang boleh dipanggil sebagai sahabat.

Advertisement

Sahabat merupakan seseorang yang tidak memiliki pertalian darah dengan kita tetapi mereka memiliki rasa bertanggungjawab atas diri kita. Dialah seorang yang sentiasa memberi manfaat dan kebaikan dalam kehidupan kita. Seorang sahabat tidak semestinya ada minat yang sama dengan kita tetapi mereka mampu menerima kita seadanya.

Kenapa pentingnya ada sahabat dalam hidup kita. Merekalah yang akan menjadi penyokong setia selain daripada keluarga. Seorang sahabat akan ambil perhatian tentang segala aspek hidup kita, tidak kira dari segi mental, fizikal, kesihatan, percintaan mahupun kerjaya. Seorang sahabat akan sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup kita dan kerana itulah pentingnya adanya sahabat dalam hidup ini.

Ikatan persahabatan ini dijalinkan atas dasar kasih sayang dan tanggungjawab. Mereka yang akan sentiasa berada disamping kita tidak kira susah ataupun senang. Jadi bersahabatlah kerana dunia ini tidak sempurna dan akan sentiasa menghampakan tetapi adanya sahabat bebanan itu tidak seteruk yang kita dijangkakan.

Sumber: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda