
Ekoran penemuan mayat wanita yang disimen di dalam kolah bilik air, seorang lelaki warga asing di reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes.
Advertisement
Perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid adalah reman selama tujuh hari bermula selasa sehingga isnin minggu hadapan.
Laporan daripada Sinar Harian ; penemuan mayat wanita yang dipercayai warga asing, kira-kira 9:30 malam itu telah menggemparkan penduduk setempat.
Siasatan dilakukan sejurus pihak polis menerima laporan daripada pemilik rumah itu berkenaan dengan penemuan mayat di kolah bilik air selepas anggota bomba bertindak memecahkan simen kolah tersebut.
Polis sedang mengesan dua lagi suspek, dipercayai terlibat dalam kes ini yang dikenali sebagai Ranjit Singh dan Mandeep Singh bagi membantu siasatan, kata ketua polis selangor, Datuk Hussein Omar Khan.
Mayat wanita itu telah dihantar ke Hospital Shah Alam bagi proses bedah siasat.
Sumber Sinar Harian