
Sekujur jasad kanak-kanak perempuan yang hilang semenjak hari Ahad lalu dikatakan telah muncul selepas mencurahkan air bacaan Yasin.
Advertisement
Kanak-kanak yang dikenali sebagai Julia Punama berusia 7 tahun dilaporkan hilang selepas mandi bersama dengan sepupunya berusia 10 tahun.
Dikhabarkan, kedua-dua mereka telah lemas. Namun, hanya sepupu kepada mangsa sahaja yang berjaya diselamatkan.
Selepas dilaporkan hilang, ahli kariah dari sebuah masjid telah bersepakat untuk membaca Yasin bagi mempermudahkan urusan.
Tidak lama selepas itu, mayat mangsa telah ditemukan 100 kaki dari lokasi dia dilaporkan hilang.
Kejadian berlaku di Sungai Bidut, Sibu. Setelah dijumpai, mayat telah diserhkan kepada pihak polis sekitar 12.30 tengah malam untuk prosedur selanjutnya.
Sumber: Astro Awani