Skip to main content

Advertisement

Berita

Mawi Jejakkan Diri Di Masjid Al-Aqsa

mawi jejakkan diri di masjid al-aqsa

Mawi kongsikan gambar beliau ke Masjid Al-Aqsa. Gambar-gambar ini dipetik semasa beliau ke Masjid Al-Aqsa pada tahun 2015.

Advertisement

Menurut Mawi, Selama ini dia hanya mendengar cerita orang, membaca serba sedikit informasi menerusi sebaran media massa juga pernah menonton beberapa filem berkaitan Palestin akibat pergolakan.

mawi jejakkan diri di masjid al-aqsaDi batu terapung dalam Dome Of The Rock, Jerussalam

Begitu juga, mengenai Israel yang selama ini digambarkan negara berbahaya yang boleh menimbulkan rasa takut terhadap sesiapa saja yang memasuki negara itu. Hakikatnya, apa yang dibayangkan jauh berbeza daripada apa yang disaksikan sendiri oleh penyanyi Mawi

Mawi mengatakan bahawa kalau jalan-jalan di sana, orang-orang di sana tidak terlalu menganggap kami orang asing. Mereka hanya tahu kami dari Asia.

mawi jejakkan diri di masjid al-aqsaDalam masjid Al Aqsa ( bawah tanah )

Mawi menyatakan dia berkesempatan mengunjungi masjid Al-Aqsa, Marwan dan Buraq, makam nabi Ibrahim dan isteri baginda iaitu Siti Sarah, makam Nabi Isa juga beberapa tempat-tempat ibadah Kristian, Yahudi dan Islam.

"Satu lagi pengalaman menarik, ketika di Tel Aviv, saya sempat pergi ke pasar malam di satu kawasan di situ. Ketika sedang berjalan-jalan saya ternampak dua anak muda remaja yang hanya memakai seluar pendek dan baju-t tetapi apa yang mengejutkan saya mereka memengang senjata jenis M16 sedang berlegar-legar di situ.

mawi jejakkan diri di masjid al-aqsaTempat BURAQ ditambat ( kenderaan rasulullah waktu israq mikraj ) di dalam Masjid Buraq

"Rupanya memang sentiasa ada remaja yang memang seperti sudah biasa membawa senjata jenis itu di mana-mana. Agak terkejut juga saya melihatnya, mulanya saya ingat senjata permainan tetapi memang senjata sebenar. Mungkin itu cara mereka berkawal.

mawi jejakkan diri di masjid al-aqsaMakam Yassir Arafat

mawi jejakkan diri di masjid al-aqsaTentera Yang Menjaga Makam Yassir Arafat

mawi jejakkan diri di masjid al-aqsa

"Saya juga sempat ke melawat masjid Al-Aqsa yang sebenarnya terletak di bawah tanah diatas masjid itu pula masjid Marwan dan di sebelahnya masjid Buraq iaitu masjid di mana berlakunya peristiwa Nabi Muhammad menambat Buraq sewaktu hendak naik ke langit.

mawi jejakkan diri di masjid al-aqsaWailling Wall ( tempat ibadat org yahudi )

mawi jejakkan diri di masjid al-aqsaDi dalam Wailling Wall ( tempat ibadat org yahudi )

mawi jejakkan diri di masjid al-aqsa

"Saya juga sempat melawat Makam Nabi Ibrahim dan isterinya, makam Nabi Isa, tempat Nabi Isa kena salib dan tempat baginda dikapankan. Itu antara tempat menarik yang saya kunjungi.

Fuhh.. memang terbaik pengalaman Mawi semasa berada di Masjid Al-Aqsa.

Kredit - Malaysian Digest

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda