Skip to main content

Advertisement

Berita

Mata Kanan Tiada Bebola Mata, Mata Kiri Berwarna Putih, Anak Kecil 3 Tahun Ini Sudah Hafal Surah Yasin

Sejak dari bayi, ibu dan bapa kepada anak kecil ini sudah memasangkan alunan ayat Al-Quran buat Ahmad Aqeel. Namun, ujian daripada Allah SWT, apabila Aqeel dilahirkan, doktor mendapati mata kanannya tiada bebola mata, mata kirinya pula berwarna putih, dan disahkan menghidap autisme (mild).

mata kanan tiada bebola mata, mata kiri berwarna putih, anak kecil 3 tahun ini sudah hafal surah yasin

Advertisement

Istimewanya anak kecil ini, beliau sudah dapat menghafal surah Yasin seawal usia 3 tahun!

Anak kedua pasangan  Faiz Mohammad Noor B Kamarusaman, dan Nur Izzah Bt Mohamad Kamil ini dilahirkan istimewa apabila sejak daripada dalam kandungan lagi, beliau sudah didengarkan dengan bacaan ayat suci Al-Quran.

Menurut Mingguan Wanita, abang sulung Aqeel juga amat menyayangi adiknya dan tidak pernah sekalipun memarahi adiknya.

“Kehadiran Aqeel membuatkan kami lebih redha dan lebih dekat dengan Allah SWT. Yang penting jangan rasa malu dan sedih atas kurniaan Allah itu.”

Sumber: Mingguan Wanita / Youtube

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda