Dua masjid suci umat Islam iaitu Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi yang terletak di Madinah akan dibuka tidak lama lagi sebaik sahaja penularan wabak COVID-19 ini dapat ditangani.

Memetik laporan daripada Awani perkara tersebut diumumkan oleh Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais melalui Twitter haramain.info pada Rabu.
Advertisement
Menerusi ciapannya, Sheikh Abdul Rahman berkata, keadaan dijangka kembali normal di dua masjid suci tidak lama lagi dan ini adalah perkhabaran gembira buat keseluruhan umat Islam. Dan akan dibuka untuk tawaf dan solat, serta ziarah terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
LATEST UPDATE: 29TH APRIL 2020 - 6TH RAMADHAN 1441 pic.twitter.com/nPm1tQan2D
— 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 (@HaramainInfo) April 29, 2020
Namun, tegasnya, pihaknya tidak akan tergesa-gesa membuat keputusan membuka dua masjid tersebut kerana perlu mengambil semua langkah pencegahan yang perlu demi kebaikan umat Islam.
"Kami tidak akan tergesa-gesa membuka dua masjid suci itu kerana semua langkah yang diambil adalah untuk kebaikan kita.
"Sekali lagi, kami menyeru semua umat Islam agar terus berdoa semoga pandemik ini selesai, berdoa untuk kebaikan pemimpin kita (Penjaga Dua Masjid Suci) sambil menerima bahawa apa yang dilakukan ini adalah yang terbaik.” kata Imam Besar Masjidil Haram.
Menurutnya, teknologi moden akan digunakan untuk memperkukuhkan langkah pencegahan bagi menangani pandemik global itu.
Beliau sebelum itu menyaksikan pelancaran penggunaan kamera termal di pintu masuk Masjidil Haram.
During the launch of the thermal cameras as a precautionary measure, President of General affairs of The Two Holy Mosques Sheikh Abdul Rahman As Sudais stated that : Modern technology must be used to strengthen preventive measures to address this global pandemic. pic.twitter.com/bo63kBk2hi
— 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 (@HaramainInfo) April 29, 2020
Sebelum ini, Arab Saudi menggantung sementara solat tarawih di dua masjid suci di Makkah dan Madinah, serta ibadah umrah, bagi mengekang penularan COVID-19.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: Awani