Skip to main content

Advertisement

Berita

Wah! Masjid Pertama Di Malaysia Yang Ada Gym!

Sebuah masjid di negeri Kelantan menjadi yang pertama di Malaysia lengkap dengan kemudahan gimnasium!

masjid di kelantan ini pertama di malaysia ada gym!

Masjid Mukim Sri Aman di Pasir Puteh melakar sejarah baru memiliki kemudahan gimnasium, dengan tujuan ia dibina untuk memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan ahli kariah.

Advertisement

masjid di kelantan ini pertama di malaysia ada gym!

Menurut Pengerusinya, Ab Razak Mat Saad, apabila tubuh sihat, ia sekaligus meningkatkan tahap kecergasan individu untuk beribadah.

"Bila tubuh sihat dan cergas, dapatlah kita beribadah kepada ALLAH sebaik mungkin. Ini merupakan salah satu usaha yang kami lakukan dalam mempelbagaikan peranan masjid supaya tidak tertumpu kepada ibadah semata-mata," katanya.

Kemudahan gimnasium dengan kos pembinaan RM17,000 yang lengkap dengan jurulatih itu diharap dapat memberi manfaat kepada 1,000 ahli kariah dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

masjid di kelantan ini pertama di malaysia ada gym!

Tambahnya lagi, setiap kali azan berkumandang, perkhidmatan gimnasium akan dihentikan sementara waktu bagi solat berjemaah.

Sumber: Sinar Harian

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda