Skip to main content

Advertisement

Berita

Masjid Paling Unik di Australia

masjid paling unik di australia

Masjid ini dikenali sebagai Punchbowl Mosque dan terletak di Sydney, Australia. Masjid yang dalam persiapan ini direka bentuk oleh Angelo Candalepas. Apa yang menariknya Angelo Candalepas adalah merupakan seorang Kristian Ortodok tetapi dia mengatakan bahawa dia tidak pernah merasakan seperti orang asing walaupun terdapat perbezaan agama. Menurut beliau, bahagian dalaman masjid ini didekorasi dengan 99 nama Allah dan proses tersebut mengambil masa 3 bulan. Masjid yang mempunyai gabungan antara moden dan islamik ini mendapat perhatian Festival Arkitektur Sydney untuk memperkenalkan tentang konsep masjid tersebut. Masjid ini juga dijadualkan untuk siap sepenuhnya pada tahun depan dan dibuka kepada semua orang bukan agama islam yang ingin mempelajari tentang islam. Jom kita tengok video di bawah ini.

Advertisement

Unik betul kan? Nanti datang Sydney jangan lupa datang sini ya.

Sumber - OnePath Network

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda