Skip to main content

Advertisement

Berita

Mark Adam Tampil Memohon Maaf Selepas Inisiden Berkaitan Tubuh Sherry Alhadad

mark adam tampil memohon maaf selepas inisiden berkaitan tubuh sherry alhadad

 

Advertisement

Semalam telah berlangsungnya konsert pembukaan Big Stage bagi musim kedua. Seperti biasa, pengacara rancangan reality itu masih mengekalkan pengacara yang sama iaitu Alif Satar dan Sherry Alhadad.

Disebalik kemeriahan konsert pertama, berlaku satu insiden yang membuatkan netizen tidak berpuas hati. Sewaktu memberi komen, Mark Adam yang bertindak sebagai juri jemputan telah menyentuh perihal tubuh Sherry Alhadad.

Perkara tersebut telah mengundang perasaan kurang senang dalam kalangan netizen. Walaubagaimanapun, Mark Adam telah memuat naik satu video melalui laman instagramnya dengan memohon maaf atas keterlanjurannya.

Di dalam video tersebut, Mark Adam mengakui kesilapannya itu dan berjanji tidak akan mengulangi perkara tersebut lagi. Mark juga merasa sangat kesal dengan tindakannya dan dia akan lebih berhati-hati di masa depan.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079) on

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda