
Mark Adam dipuji selepasan membuat keputusan berkongsi hadiah kemenangan RM 100 Ribu dengan peserta yang lain.
Advertisement
Sebuah program hiburan di stesen televisyen swasta menobatkan Mark Adam sebagai juara. Kemenangan itu sekali gus melayakkan Mark Adam membawa pulang wang tunai berjumlah RM 100 Ribu beserta trofi.

Mark Adam yang bergandingan bersama Khir Rahman menewaskan empat lagi peserta lain yang turut bersaing di peringkat akhir iaitu Shuk, Achey, Ajak dan Issey.
“Terima Kasih kepada semua. Saya nak cakap, Saya rasa rezeki ini perlu dikongsi dengan empat lagi peserta yang bertanding, “ Kata Mark Adam selepas di nobatkan sebagai juara.
Mark Adam memberikan RM 60 Ribu kepada peserta lain. Dia hanya mengambil RM40 Ribu sahaja.
Selebriti yang terlibat di pentas akhir terdiri dari Shahrul Shiro, Uqasha Senrose, Khir Rahman, Syafiq Kyle dan Anne Achey ( Isteri Achey)
Persembahan pada malam akhir itu diadili oleh Saiful Apek selaku juri tetap dan Fasha Sandha sebagai juri undangan.
Sumber : Sinar Harian