Satu lagi kes kematian akibat COVID-19 telah dilaporkan, menurut KKM jumlah kematian di Malaysia kini sebanyak 21 kes.
Kes ke-21 melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia yang merupakan kes ke-1,588 positif COVID-19 dan mempunyai sejarah penyakit kronik. Mangsa juga merupakan salah seorang peserta perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.
Kematian ke-21 merupakan pesakit ke-1588, warga tempatan berumur 63thn dan mempuntai latar belakang penyakit kronik.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 26, 2020
Beliau merupakan peserta perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.
Advertisement
Mangsa mula menunjukkan gejala dan menjalani saringan pada 22 Mac lalu. Kemudian dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, selepas disahkan positif pada 23 Mac.
Kesihatan mangsa makin merosot dan telah disahkan meninggal dunia 26 Mac pada jam 4 pagi.
Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mangsa.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: KKM