Skip to main content

Advertisement

Berita

Malaysia Hampiri Sasaran 6 Emas

Walaupun temasya Sukan Komanwel baru sahaja bermula pada 28 Julai yang lalu, namun kontinjen negara tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk memecah kebuntuan dan meraih kilauan pingat. Manakan tidak? Kilauan pingat yang pertama buat skuad negara adalah kilauan emas yang dirangkul oleh Aniq Kasdan, atlet angkat berat negara acara Clean and Jerk dalam kategori 55 KG.

malaysia hampiri sasaran 6 emas

Kecemerlangan pasukan angkat berat negara tidak terhenti disitu sahaja, bahkan pada hari yang sama Aznil Bidin menambah keceriaan kem Malaysia apabila beliau berhasil mempertahankan emas yang dimenangi 4 tahun lalu dalam acara angkat berat kategori 62 KG. Ternyata sukan angkat berat terus men jadi lubuk pingat buat kontinjen negara apabila Erry Hidayat menambah kilauan perak buat Kem Malaysia.

Advertisement

 

malaysia hampiri sasaran 6 emas

Biarpun kecewa dengan pingat perak, Erry Hidayat telah pun memberikan yang terbaik untuk negara dan pencapaian beliau perlu dibanggakan. Dalam pada itu, Shah Firdaus Sharom menambah koleksi pingat buat kem negara apabila meraih gangsa dalam acara final Keirin Lelaki.

 

Ketika artikel ini ditulis, skuad Ping Pong Wanita Malaysia baru sahaja meraih perak setelah tewas 0-3 di tangan Singapura. 2 Emas, 2 Perak dan 1 Gangsa,boleh dikatakan bahawa sasaran 6 emas bukanlah sesuatu yang mustahil, bahkan mampu digapai kontinjen negara sekiranya mereka meneruskan rentak kecemerlangan ini

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda