Skip to main content

Advertisement

Berita

Malaysia Duduki Tempat Ke-22 Negara Paling Mesra

Malaysia berada di tangga ke-22 negara paling mesra dunia dalam ranking terkini majalah U.S. News & World Report, naik 16 anak tangga daripada 2023 untuk mengatasi Singapura, Indonesia dan Vietnam.

malaysia duduki tempat ke-22 negara paling mesra

Di rantau Asia Tenggara, Malaysia berada di belakang hanya Thailand dan Filipina. Bangkok dan Manila masing-masing menduduki tangga ke-9 serta ke-19 dalam rangking dunia negara paling mesra. 

Advertisement

Kedudukan tersebut adalah berdasarkan kaji selidik global melibatkan lebih 17,000 responden di seluruh dunia yang dilakukan pada 22 Mac hingga 23 Mei lalu.

Menerusi ranking berkenaan, Singapura menduduki tempat ke-24, Indonesia di tempat ke-33 manakala Vietnam di tempat ke-35 dengan Hanoi  menokok sembilan kedudukan berbanding tahun lepas.

Sumber: Kosmo Online
 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda