"Sediakan payung sebelum hujan" mungkin itu adalah ungkapan paling tepat bagi menggambarkan persediaan bagi menghadapi iklim yang kini sedang melanda negara. Baru-baru ini Jabatan Meteorologi Negara telah mengeluarkan amaran mengenai pembentukan awan ribut petir.
Advertisement

Pembentukan awal ribut petir ini dijangka berlaku dari sebelah petang hingga ke fasa awal malam dan ianya bakal melanda kebanyakan negeri-negeri di Malaysia. Fenomena ini dijangka berlaku sehingga 27 Julai. Orang ramai diingatkan untuk berwaspada dalam menangani cuaca ini dan tidak panik dengan keadaan ini.

Orang ramai juga disarankan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai iklim semasa daripada laman web www.met.gov.my dan juga aplikasi myCuaca