Skip to main content

Advertisement

Berita

Kajian Menunjukkan Sekiranya Anda Makan Pedas, Anda Berpotensi Untuk Hilang Ingatan

banyak makan pedas boleh menyebabkan hilang ingatan- kajian

Sekarang ini memang tengah trending dengan makanan pedas. Malah, banyak pula cabaran-cabaran yang melibatkan makanan pedas turut tular di media sosial.

Advertisement

Namun, satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pengkaji dari University of South Australia dan Qatar University menunjukkan manusia yang gemar makan pedas akan menyebabkan hilang ingatan.

Lebih menakutkan, hasil kajian itu juga mendedahkan bahawa peserta yang makan lebih 50g cili sehari akan mengalami risiko hilang dan lemah ingatan sebanyak dua kali.

Malah, mereka yang kurus dan suka akan makanan pedas lebih besar risikonya untuk hilang ingatan.

Dr Zumin Shi, ketua pengkaji berkata, sebelum ini mereka menemui bahawa cili sangat bagus untuk mengurangkan berat badan dan tekanan darah. Namun, dalam kajian terbaru menemui kesan sampingan terhadap ingatan.

Sumber: Mirror

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda