Skip to main content

Advertisement

Berita

Orang Kata Kalau Demam Selesema Baik Makan Ais Pop

Demam dan selsema merupakan keadaan tubuh badan dengan ciri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa 36.5–37.5 °C. Ia hadir bersama gejala termasuk batuk, sakit kerongkong, hidung berhingus dan bersin.

orang kata kalau demam selesema baik makan ais pop

Demam selsema terjadi disebabkan oleh jangkitan atau keradangan. Ketika ini, badan akan terasa panas, pernafasan meningkat, muka menjadi merah dan pesakit akan menjadi tidak aktif.

Advertisement

makan ais pop baik untuk korang yang alami demam selsema

Kebiasaannya, penyakit ini akan beransur hilang dalam tujuh hingga 10 hari, dan sesetengah gejala berlanjutan sehingga tiga minggu.

Bagi mengurangkan rasa tidak selesa akibat demam selsema, berikut adalah antara makanan yang boleh diambil oleh pesakit:

1. Teh panas: melegakan hidung tersumbat

2. Sup dan air kosong: untuk mengekalkan hidrasi

3. Halia: melegakan rasa loya pada tekak

4. Pisang: untuk penghadaman dan rasa kenyang.

5. Ais pop: untuk melegakan rasa sakit tekak

6. Bawang putih: untuk melegakan masalah hidung tersumbat.

makan ais pop baik untuk korang yang alami demam selsema

Namun, sekiranya demam  berlarutan melebihi 3 hari, terutama sekiranya terdapat laporan kes demam denggi, malaria atau sebarang penyakit bawaan nyamuk dikawasan sekitar, sila dapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan. Ia penting bagi rawatan susulan dilakukan kepada pesakit.

Sumber: Public Health Malaysia

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda