Skip to main content

Advertisement

Berita

Dengan Hanya Main Beyblade, Kanak-kanak Berusia 12 Tahun Ini Akan Mewakili Malaysia Ke Korea

Beyblade, dikenali di Jepun sebagai Bakuten Shoot Beyblade, adalah sejenis permainan seakan gasing yang dimainkan seramai dua orang dan ke atas. Permainan ini juga pernah menjadi trending suatu masa dahulu sekitar tahun 2000, dan kini ia menjadi tarikan semula oleh anak-anak muda.

Namun siapa sangka, hobi ini akan membawa kanak-kanak dari Malaysia ke Kejohanan Beyblade Asia 2019 yang akan diadakan di Korea.

Advertisement

Lucas Ma telah dinobatkan sebagai juara beyblade Malaysia selepas berjaya menewaskan pesaingnya, Sak Seng Hon dan Hadeef. Pemenang juga telah membawa pulang hamper dan set aksesori beyblade serta tiket ke Korea. Pergh!

akan wakil malaysia main beyblade di korea, kanak-kanak ini buat ramai bangga

Menerusi akaun Beyblade Malaysia, ketiga-tiga kanak-kanak berusia bawah 12 tahun ini telah mempamerkan bakat mereka dan pemenang akan mewakili Malaysia di Incheon, Korea.

Sumber: Beyblade Malaysia

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda