Skip to main content

Advertisement

Berita

Kisah Tembakan Di New Zealand: Lelaki Ini Maafkan Pembunuh Isterinya

kisah tembakan di new zealand: lelaki ini maafkan pembunuh isterinya

Kejadian tembakan di New Zealand yang lalu benar-benar membuka mata masyarakat dunia tentang Islam. Di media sosial, banyak perkara positif yang kita boleh lihat.

Advertisement

Satu kisah yang bakal menyentuh hati kita semua adalah kisah seorang lelaki yang memaafkan pengganas yang telah mengorbankan nyawa isterinya.

Farid Ahmed suami kepada Husna yang menjadi antara mangsa dalam kejadian keganasan di Masjid Al Noor berkata dia beranggapan pengganas tersebut tiada kasih sayang.

“Saya rasa dia (penyerang) melalui trauma dalam hidupnya, mungkin tidak ada kasih sayang, saya langsung tidak membencinya,” kata Farid sambil berkata isterinya juga sudah pasti mahu memaafkan pengganas itu.

Ketika kejadian, Husna sedaya upaya menyelamat dan memastikan keselamatan wanita serta kanak-kanak yang beada di dalam masjid.

Selepas semuanya selamat, dia kembali semula ke masjid untuk melihat Farid yang berada di atas kerusi roda. Namun, belum sempat dia melihat suaminya, dia pula ditembak ketika berada di pagar.

“Dia sangat berani, dia berkorban untuk selamatkan orang lain.”

Mesej terakhir Farid kepada semua adalah, jika seseorang melakukan perkara buruk kepada kamu, berbuat baik kepada mereka sebagai balasan.

Sumber: Astro Awani

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda