Gambar Sekadar Hiasan
Seorang pemuda dilaporkan mengalami masalah pening dan lumpuh sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas menerima urutan leher di sebuah Spa di Shanghai.
Advertisement
Zhang dikatakan pergi ke spa tersebut bersama rakan - rakan dan meminta tukang urut untuk memfokuskan bahagian bahu dan leher bagi melegakan keletihan dibahagian tersebut.
Bagaimanapun, selepas tamat sesi urutan, Zhang telah pulang ke rumah dan membersihkan dirinya. Tidak lama kemudian, dia mula berasa pening dan tidak mampu untuk berdiri mahupun berjalan.
Sejurus itu, Zhang segera dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Bagaimanapun, para doktor tidak mampu menyelamatkan Zhang dan mangsa meninggal dunia pada keesokan harinya.
Kredit : news.seehua.com