Foto: Threads
Niat untuk bersedekah berubah menjadi persoalan apabila didakwa dimanipulasi untuk keuntungan. Baru-baru ini, seorang peniaga dari Indonesia tular di media sosial kerana menjalankan sesi ‘Live Infak’ namun secara terbuka meminta penonton dari Malaysia menanggung kos makanan percuma yang diagihkan.
Advertisement
Menurut perkongsian di Threads, ramai penonton Malaysia terkesima melihat barisan panjang menunggu hidangan nasi yang kelihatan menyelerakan. Namun, hakikatnya, mereka yang beratur bukan pembeli, tetapi penerima agihan percuma dalam program infak itu.
Dalam siaran langsung tersebut, peniaga membungkus makanan dalam kuantiti besar, tetapi kos hidangan diharapkan ditanggung penonton, khususnya rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat dermawan.
Kontroversi timbul apabila interaksi peniaga dengan penonton dianggap kurang mesra. Beberapa soalan diabaikan, malah ada yang mendakwa beliau sengaja membisukan (mute) penonton yang mengemukakan soalan kritis.
Situasi ini menimbulkan perdebatan mengenai etika berniaga sambil beramal. Walaupun matlamatnya membantu mereka yang memerlukan, kaedah yang seolah ‘mengharap simpati’ daripada penonton luar negara dianggap tidak wajar.
Fenomena ini menjadi peringatan agar orang ramai lebih berhati-hati sebelum menyalurkan sumbangan dalam talian.
Antara reaksi warganet Malaysia:
“Asal minta dekat Malaysian eh? Sebab Malaysian pemurah sangat? Ini mengemis bukan infaq.”
“Mintak sedekah cara moden.”
“Nampak tak depa mengharap orang Malaysia yang sedekah siap pin komen.”
“Orang Malaysia mudah cair hati bab sedekah, itu sebab ramai luar senang buat duit, datang-datang Malaysia jadi pengemis.”
Sumber: Threads