Skip to main content

Advertisement

Berita

Betul Ke Watak Ustazah Dalam Muzik Video Naim Daniel Tu Sebenarnya Lin Ariffin?

betul ke watak ustazah dalam video naim daniel tu sebenarnya lin ariffin?

Muzik video lagu Naim Daniel yang terbaru bertajuk Sumpah telah mendapat lebih 13 juta tontonan selepas 4 bulan dimuat naik pada laman Youtube. Wow, satu pencapaian yang sangat baik!

Advertisement

Namun, apa yang tertarik buat kami adalah karakter yang dianimasikan. Jika diperhati betul-betul mesti anda boleh tahu siapa arti disebalik setiap animasi tersebut. Watak utama semestinya Naim Daniel sendiri. Tetapi, salah satu watak wanita di dalam muzik video tersebut seperti salah seorang penyampai radio Zayan, Lin Ariffin. Betul ke?

Kami bertanya sendiri kepada Lin Ariffin dan ini jawapannya,

“Sebelum ni WP Entertainment ada approach saya untuk menjadi salah seorang karakter di dalam muzik video tersebut. Namun, disebabkan kekangan masa dan mereka telah mempunyai jadual yang agak padat untuk melancarkan muzik video tersebut, jadi mereka memilih untuk menganimasikan sahaja karakter-karakter itu.”

Lin Ariffin juga berkata sewajarnya dia memegang watak ustazah di dalam muzik video tersebut.

Sehingga kini, muzik video tersebut mendapat lebih 189 ribu like dan rata-rata peminat meninggalkan komen yang positif akan video tersebut.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda