Skip to main content

Advertisement

Berita

Lepak Dengan Sekumpulan Kucing Di Atas Pulau Dan Dapat Gaji

Khas buat pencinta kucing, anda mungkin akan dibayar untuk lepak bersama sekumpulan kucing disebuah pulau di Jerman.

lepak dengan sekumpulan kucing di atas pulau dan dapat gaji

Advertisement

lepak dengan sekumpulan kucing di atas pulau dan dapat gaji

Terletak di Pulau Syros, Jerman, terdapat lebih daripada 55 ekor kucing terbiar, anda akan dibayar sejumlah gaji sekiranya anda sudi untuk menjaga kesemua kucing berkenaan disepanjang ketiadaan tuannya.

Seperti yang dipaparkan di Facebook God’s Little People Cat Rescue, pemilik kucing berkenaan mencari mereka yang boleh meluangkan masa dan menjaga kesemua kucing berkenaan, serta akan mendapat bonus tambahan sekiranya anda merupakan veterinar yang bertauliah. Jika anda bukan veterinar, anda akan diberi sebuah kereta manual untuk membawa kucing-kucing berkenaan ke klinik berdekatan sepanjang tempoh tersebut.

Siapa nak?

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda