
Bukan mudah membuat keputusan tapi ini yang dilakukan oleh seorang bapa di sebuah mahkamah di Lexington, Kentucky, Amerika Syarikat yang memberikan keterangan memaafkan pembunuh anaknya. lelaki tersebut, Abdul Munim Sombat Jitmoud mengeluarkan kenyataan tersebut kepada pembunuh anaknya, Trey Alexander Relford ketika prosiding hukuman ingin dijatuhkan.
Advertisement
Abdul Mulim berkata, beliau tidak marah kepada Relfourd berhubung pembunuhan anaknya, Salahuddin yang dibunuh ketika membuat penghantaran pizza terakhir dan ditikam sehingga mati serta dirompak di sebuah apartment pada April 2015.
Ini antara kata-kata dari Abdul Mulim kepada Relfourd.' Saya memaafkan kamu atas nama Salahuddin dan ibunya, dengan perbuatan membunuh dia. Peluang untuk dimaafkan Tuhan terbuka. Cubalah hubungiNya. Anda bakal mempunyai sebuah kehidupan yang baru".
Betapa besarnya pengorbanan seorang bapa memaafkan pembunuh anaknya demi memberikan peluang kedua. Respek! Tengok videonya di bawah ini.