Kerana inginkan teman, lelaki ini mengiklankan untuk menjual tiketnya Rm1 atau pun secara percuma di sebuah portal jualan atas talian.
Namun begitu, ada syarat khas yang diletakkan ada yang berminat untuk memiliki tiket tersebut.
Advertisement
Syarat tersebut adalah masih single dan tidak mempunyai pasangan.
Satu tiket untuk wanita ‘single’ secara percuma untuk teman saya ke stadium pada Selasa ini,” kata penjual tersebut menerusi kenyataan yang dimuat naik di ruang butiran pada laman tersebut.

Pihak Astro AWANI sudah pun cuba menghubungi penjual tiket tersebut namun tidak ada respon yang diberikan.
Pada Ahad tiket final pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dan Vietnam yang dijual di kaunter Stadium Nasional Bukit Jalil ibarat pisang goreng panas apabila habis dijual dalam masa yang sangat singkat.
Kesemua 80,000 tiket yang diperuntukan untuk perlawanan tersebut habis dijual, sama ada secara fizikal mahupun atas talian.
Kredit Astro AWANI.