Datuk Nassier Wahab iaitu penyanyi tanah air terharu apabila ada Jemaah Malaysia yang menitiskan air matanya selepas mendengarnya buat kali pertama melaungkan azan.
Nassier mengatakan pengalaman itu tidak dapat dilupakan dan mungkin selama ini mereka hanya mendengar nyanyiannya namun pada hari kejadian, para Jemaah berpeluang sendiri mendengar Nassier menyeru kebesaran Allah.
Advertisement
Nassier menjelaskan bahawa hatinya tersentuh sebaik sahaja melihat ada Jemaah yang menangis meitiskan air mata mendengar dirinya melaungkan azan.
Tambahnya lagi, dia tidak pernah melaungkan azan di hadapan orang ramai dan itu merupakan kali pertama diber tanggungjawab untuk melakukan di khalayak ramai.
“ Mutawif menawarkan peluang sebegini, saya memang tidak boleh menolak sebab mereka bersungguh-sungguh mahu saya sendiri melaungkan azan