Skip to main content

Advertisement

Berita

Banjir Landa Selatan dan Utara Tanahair

Ibarat festival atau kerayaan tahunan, begitulah kekerapan banjir yang kini melanda negara setiap tahun. Lebih membimbangkan, fenomena ini seolah-olah dianggap seperti satu kebiasaan lantaran kekerapannya yang begitu tinggi. Beberapa jam yang lalu, beberapa kawasan di utara dan selatan Malaysia mengalami banjir serentak!

banjir landa selatan dan utara tanahair

Menurut laporan, beberapa kampung dalam mukim Baling dan Hospital Baling dinaiki air setelah limpahan air dari Sungai Ketil berlaku akibat daripada hujan lebat yang berlaku selama sejam. Hasilnya, beberapa rumah yang terletak di tebing sungai ditenggelami air. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Advertisement

Pada masa yang sama, Johor Bahru juga mengalami banjir kilat berpunca dari air pasang besar. Akibatnya, beberapa jalan utama di Bandaraya Johor Bahru dinaiki air. Antara jalan atau kawasan yang terjejas adalah Jalan Ayer Molek, Jalan Wong Ah Fook, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Kolam Air, Jalan Yahya Awal, Hospital Sultanah Aminah (HSA), Jalan Sungai Chat dan Persiaran Abu Bakar. Menurut laporan, lebih 500 terjejas akibat banjir kilat yang berlaku semalam.

 

SUMBER: BERNAMA & KOSMO DIGITAL

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda