Bulan Ramadan sudah memasuki fasa yang terakhir yakni 10 malam terakhir. Pada 10 malam terakhir ini lah kita perlu melebihkan segala amalan kerana terdapat satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan yang disebut sebagai malam lailatul qadar.
Sengaja Allah swt menyembunyikan hari yang tepat akan malam itu supaya hambaNya bersungguh-sungguh melakukan ibadah. Namun, terdapat 3 tanda yang boleh dirasai mereka yang bertuah:
Advertisement
1. Malam bersih terang
- Ubadah bin al-Somit R.A berkata secara marfu’: “Sesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan tidak terlalu panas dan tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya hingga ke waktu pagi. Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut. Lihat Umdah al-Qari 11/134.
2. Matahari tak terlalu panas
- Daripada Ubay bin Kaab R.A menyatakan daripada Nabi SAW, sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan.”
3. Matahari tidak terlalu mencengkam
- Mengikut riwayat daripada ucapan Ibn Mas’ud berkata: “Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar.” Lihat Umdah al-Qari 11/134.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan