
Sepanjang pendakian, Azrulkhan Hasrullah, 24 yang mesra dengan panggjlan Adam hanya bergantung kepada kekuatan tangan untuk mendaki puncak tertinggi di Malaysia bermula dari Pondok Timpohon di kaki gunung hingga ke Low's Peak pada ketinggian 4,095 meter.
Advertisement
Adam gembira dan menganggapnya satu kejayaan kerana ini merupakan pendakian tertinggi dicapainya sejak berkecimpung dalam aktiviti seumpama itu.
“Saya gembira kerana dapat merasai cabaran pendakian yang berbeza di Gunung Kinabalu. Berbeza dengan cubaan pertama saya pada awal Januari 2016, persediaan kali ini lebih mantap dan dibantu oleh banyak pihak yang ingin melihat keupayaan sebenar warga OKU," kata Adam.

Walaupun faktor fizikal menjadi kekangan, beliau yang menghidap polio sejak lahir berkata, faktor cuaca sejuk serendah 3 darjah celsius dan angin kencang menyukarkan usahanya untuk tiba di puncak Gunung Kinabalu kerana kesukaran merangkak.

"Saya mula mendaki dari Pondok Timpohon pada jam 10.30 pagi 22 Oktober dan tiba di tempat penginapan di Laban Rata pada 23 Oktober jam 3 petang. Saya mula mendaki ke puncak mulai jam 1 pagi, 25 Oktober dan selepas 7 jam berusaha, saya akhirnya tiba di Puncak Kinabalu pada jam 8 pagi.
“Tiada apa yang mustahil seandainya keinginan disertai dengan usaha dan doa," katanya yang bertekad untuk menawan Gunung Everest di Nepal.
Sumber : says