Kumpulan Raihan merupakan kumpulan nasyid yang tidak asing lagi di Malaysia. Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1996 telah menyinari kehidupan rakyat Malaysia tanpa mengira umur. Antara lagu yang tidak boleh dilupakan daripada kumpulan ini adalah Iman Mutiara.
Ustaz Nazrey Johari yang merupakan ahli kumpulan Raihan telah mengeluarkan versi terbaru lagu Iman Mutiara. Suaranya yang sangat dikenali itu mengalunkan lagu klasik ini dengan latar muzik yang lebih kontemporari tanpa menjejaskan kualiti dan intipati lagu tersebut.
Advertisement
Dengan keluarnya versi baru ini, netizen mengimbau kembali kenangan bersama lagu ini.
“Ia tak dapat dijual beli”
— 🅰🅱🅰🅼 🆀🆄🅴 (@quexieqbal7) November 13, 2019
Guys, igt lagi lagu nasyid lejen Iman Mutiara? Now dah revamp to 2019 version. Sedap gilaaa.
It is so refeshing and vocal Ustaz Nazrey- top-notch.
Banyak kenangan lagu ni utk mereka yg dgr di zaman 90s... pic.twitter.com/5bo4RiG4pX
Puji-pujian Raihan adalah kaset pertama saya beli masa tu sy skolah menengah lagi.. Mmg legend.
— azidan9 (@azidan91) November 13, 2019
Kerana lagu inilah saya buka kamus dwibahasa dan cuba try belajar bahasa melayu 20 tahun lepas. Sejuk hati dengar versi baru https://t.co/h44YhGdJN7
— 🦇👻Sihir Zayn (@bingregory) November 13, 2019
Sumber: InTeam Digital