
Foto Hiasan
Advertisement
Ramai anggap bercakap dengan diri sendiri sekadar tabiat biasa. Tetapi siapa sangka, sains kini mengesahkan bahawa setiap perkataan yang kita bisik dalam hati sebenarnya ‘didengari’ oleh sel tubuh kita sendiri!
Menurut kajian dalam bidang psychoneuroimmunology, cara kita berbicara dengan diri kita sendiri sama ada penuh kasih atau penuh kecaman mampu mencetuskan reaksi kimia yang nyata dalam badan. Ia bukan sekadar mainan emosi, tetapi memberi kesan terus kepada sistem imun, tahap kesakitan malah keupayaan tubuh untuk sembuh.

Foto Hiasan
Bayangkan, apabila kita berkata, “Aku ni memang bodoh,” atau “Aku tak guna,” sel badan mentafsirkannya seperti kita sedang berada dalam bahaya. Keadaan ini menyebabkan hormon stres, iaitu kortisol, melonjak naik seolah-olah kita sedang dikejar pemangsa!
Kortisol memang penting ketika kecemasan, tetapi jika ia sentiasa tinggi, proses pembaikan tisu akan terganggu dan sistem pertahanan badan boleh menjadi lemah. Sebab itulah orang yang sering mengkritik diri sendiri mudah rasa letih, murung dan cepat jatuh sakit.

Foto Hiasan
Sebaliknya, bercakap dengan nada lembut dan penuh empati kepada diri sendiri bukanlah sikap manja. Ia sebenarnya isyarat kimia yang diperlukan oleh sel untuk memulakan proses pemulihan. Kata-kata seperti “Aku sedang berusaha,” atau “Tak apa, aku boleh belajar,” membantu menenangkan sistem saraf dan mengaktifkan hormon yang menyokong kesihatan.
Pakar menjelaskan tiga fakta penting yang membuka mata:
- Sel tubuh benar-benar respons terhadap dialog dalaman kita.
- Bahasa yang kasar mencetuskan mod berjaga-jaga berterusan dalam badan.
- Kata-kata yang tenang membantu proses penyembuhan fizikal dan mental.
Jadi selepas ini, mungkin kita perlu lebih berhati-hati dengan ayat yang keluar daripada mulut dan juga daripada hati. Setiap kali rasa ingin mencela diri, ingatlah bahawa tubuh kita sedang mendengar.