Skip to main content

Advertisement

Berita

Pengusaha Restoran Ini Akan Berikan Sepotong Ais Krim Kepada Kanak-kanak Yang Mengutip Puntung Rokok

kutip 20 puntung rokok dapat ais krim percuma

Seorang pemilik kafe di China menawarkan ais krim percuma untuk kanak-kanak yang mengutip 20 puntung rokok dan kemudian menyerahkan kepadanya.

Advertisement

Perkara ini sebagai satu usaha tuan kafe tersebut bagi menjaga kawasan persekitaran dan bebas daripada puntung rokok.

Pemilik kafe yang dikenali sebagai Jian Chuntian menyatakan bahawa kanak-kanak terutama pelajar sekolah rendah di kawasan itu tidak mempunyai wang untuk membeli ais krim. Jadi, dengan cara ini dia dapat membantu mereka untuk membeli makanan ringan tersebut.

Menerusi inisiatif yang mula diperkenalkan sejak September 2016, pihak kafe menganggarkan lebih 50,000 puntung rokok telah berjaya dikutip.

Idea tersebut bukan sahaja membolehkannya kanak-kanak menikmati ais krim percuma malah memupuk rasa tanggungjawab untuk menjaga kebersihan.- Agensi

Sumber: Sinar Harian

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda