Skip to main content

Advertisement

Berita

Nak Bagi Kucing Anda Makan Ubat Tanpa Dicakar? Ini Yang Perlu Anda Lakukan

Bagi mereka yang memelihara kucing, bukan satu perkara yang mudah untuk memberikan haiwan peliharaan anda itu makan ubat. Silap hari bulan, boleh kena cakar tangan.

Tetapi, dengan teknik dan cara yang betul, sebenarnya memberi kucing makan ubat itu adalah sangat senang.

Advertisement

cara selamat bagi kucing makan ubat tanpa kena cakar

Menerusi Facebook Klinik Veterinar Chinta Qaseh Sikamat, berikut adalah cara selamat untuk memberikan kucing peliharaan anda makan ubat:

#1 Belai kepala dan dagu kucing.

#2 Sambil itu pegang ubat di hujung jari.

#3 Pegang bahagian kepala kucing dan dongakkan kepalanya.

#4 Pada masa sama, buka mulut kucing dengan tangan yang sama memegang ubat.

#5 Masukkan pil dalam mulut kucing dan terus usap bawah dagunya untuk memudahkan kucing menelan ubat selain menenangkannya. Siap!

Sumber: Klinik Vaterinar Chinta Qaseh Sikamat

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda