Skip to main content

Advertisement

Berita

Kucing Ini Digelar Nathan ‘The Beach Cat’ Kerana Hobinya Yang Suka Bercuti Di Pantai

Sehingga hari ini, kita sering tahu bahawa kucing tidak suka pada air. Kucing akan mengelakkan diri dari sebarang aktiviti yang melibatkan air. Namun berbeza dengan bintang Instagram ini apabila membuktikan dia terlalu suka dengan air.

Terdapat video yang muncul dalam Instagram yang menunjukkan Nathan bermain di sekitar di pantai di Queensland.

Advertisement

kucing ini digelar nathan ‘the beach cat’ kerana hobinya yang suka bercuti di pantai

Nathan ini merupakan seekor anak kucing yang ditemui di dalam kotak di tepi jalan yang kini menjadi bintang Instagram selepas pemilik baru berkongsi klip ‘frolicking‘ di pantai.

Nathan dibela oleh Rian dan Melissa dari Queensland RSPCA. Sebagai pasangan yang minat pada aktiviti luar, pasangan itu mengambil keputusan untuk memperkenalkan kucing mereka dengan pantai.

kucing ini digelar nathan ‘the beach cat’ kerana hobinya yang suka bercuti di pantaikucing ini digelar nathan ‘the beach cat’ kerana hobinya yang suka bercuti di pantai

Keadaan ini telah menyebabkan Nathan menjadi suka dengan air dan sering berenang bersama mereka. Akaun Instagram peribadinya mempunyai hampir 10,000 pengikut setakat ini.

kucing ini digelar nathan ‘the beach cat’ kerana hobinya yang suka bercuti di pantai

kucing ini digelar nathan ‘the beach cat’ kerana hobinya yang suka bercuti di pantai

Sebelum ini, Nathan hanya seekor kucing yang berada di dalam rumah sahaja (indoor), namun pasangan ini telah mengenalkan Nathan dengan air.

‘Setiap kali kami membawanya ke pantai, keyakinannya akan bertambah dan dia akan membasahkan dirinya sendiri sehingga dia akhirnya akan berenang,’ kata Melissa kepada Buzzfeed.

kucing ini digelar nathan ‘the beach cat’ kerana hobinya yang suka bercuti di pantaikucing ini digelar nathan ‘the beach cat’ kerana hobinya yang suka bercuti di pantaikucing ini digelar nathan ‘the beach cat’ kerana hobinya yang suka bercuti di pantai

Dan seperti mana-mana pemilik kucing, Melissa telah membuka akaun instagram untuk Nathan dan memuat naik video Nathan berenang.

Dia telah mengumpul seramai 9,700 pengikut – ramai yang memberi komen dengan pujian seperti ‘comel!’ dan ‘manis’

Tetapi satu soalan yang sering ditanya: mengapa Rian dan Melissa memilih nama Nathan sedangkan kucing itu adalah seekor kucing betina?’

Pada mulanya,kami hanyalah sekadar berlawak sebelum kami mendapatkannya’ kata mereka kepada Daily Mail Australia.

‘Nama Nathan adalah nama watak dari filem Angry Boys yang ditonton oleh saya dan pasangan‘

kucing ini digelar nathan ‘the beach cat’ kerana hobinya yang suka bercuti di pantai

Sebaik sahaja kami membawanya ke rumah, kami sebenarnya menyukai nama tersebut dan ia terus melekat, walaupun tidak sesuai untuk nama seekor kucing betina.’

Ia masih membuat kita ketawa kadang-kadang dan kita tidak boleh bayangkan nama apa yang sesuai lagi untuk dia!’

Sumber - Taiko TV

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda