Skip to main content

Advertisement

Berita

Mufti Perlis Menasihatkan Jangan Bela Kucing Sekiranya Mengganggu Jiran

mufti perlis menasihatkan jangan bela kucing sekiranya mengganggu jiran

Prof MAdya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan umat islam agar tidak membela kucing di rumah seandainya perkara tersebut menimbulkan rasa kurang senang terhadap jiran sekeliling.

Advertisement

Mufti Perlis itu berkata pemilik kucing haruslah menjaga haiwan peliharaan mereka dengan baik dan tidak membiarkan kucing tersebut berkeliaran ke rumah jiran dan membuang najis di situ.

"Jika kucing seseorang pergi dan membuang najis di rumah jiran tidak berdosa bagi jiran itu menangkap dan membuang kucing itu ke tempat lain," katanya menjawab soalan jemaah pada kuliah mingguannya di Masjid Alwi di sini malam tadi.

Mohd Asri juga berkata tidak ada sebarang hadis yang menyebut Nabi Muhammad SAW menyuruh umatnya memelihara kucing tetapi baginda mengingatkan supaya jangan menyeksa dan menyakitkan kucing


Sumber: Astro Awani

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda